About Me

My photo
Hey there.. ♥Shafiq was given to me..panggil ape2 je aslkn korg bhgie tpi jgn yg menjengkelkan okeh ✔ single ✘ not available ♥ empat belasan tahun

Send an Email dan maklumat diri anda

;
Name:
Email Address:

Google Translation

Google-Translate-Chinese (Simplified) BETA Google-Translate-English to French Google-Translate-English to German Google-Translate-English to Italian Google-Translate-English to Japanese BETA Google-Translate-English to Korean BETA Google-Translate-English to Russian BETA Google-Translate-English to Spanish
Powered by

Contact Me

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd my visitor.Jika hendak memberi pandangan atau cadangan boleh menghantar melalui email: - Shafiqskbtk77@gmail.com Atau boleh membuat komen anda di cbox yg disediakan.This blog has HTmL CODE:- Bookmark and Share

Saturday, October 17, 2009

Playstation bawa kelekaan dan pengaruh GANAS terhadap murid2



PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengenal pasti pengaruh filem menerusi wayang dan permainan video menjadi antara penyumbang kepada peningkatan masalah disiplin murid sekolah rendah sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pelajar seawal usia muda itu semakin terdedah kepada keganasan menerusi kedua-dua media berkenaan yang mendorong mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

"Pelajar terdedah kepada keganasan termasuk aksi pergaduhan menerusi filem yang mereka tonton."Kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah didedahkan dengan aksi ganas seperti filem Terminator dan beberapa filem yang mempengaruhi mereka tanpa sedar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di kementerian itu di sini, semalam.



Mesyuarat berkenaan dihadiri pegawai kanan kementerian itu, polis, agensi berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kesatuan guru.

Sementara itu, Wee berkata, statistik menunjukkan kadar salah laku murid peringkat sekolah rendah secara keseluruhan meningkat daripada 0.78 peratus atau 24,960 pelajar tahun lalu kepada 0.79 peratus atau 25,280 murid bagi tempoh Januari hingga Jun daripada keseluruhan kira-kira 3.2 juta pelajar.


"Peningkatan yang berlaku pada peringkat sekolah rendah adalah pada kategori salah laku ponteng sekolah pada kadar 0.04 peratus serta kekemasan diri dan kurang sopan masing-masing mencatat 0.02 peratus," katanya.



Beliau berkata, kadar salah laku disiplin pelajar sekolah menengah secara keseluruhan pula menurun daripada 1.96 peratus atau 43,904 pelajar antara Januari hingga Jun tahun lalu kepada 1.93 (43,232 pelajar) dalam tempoh sama tahun ini daripada 2.24 juta pelajar.

No comments:

Post a Comment